Ticker

6/recent/ticker-posts

Pandangan Teknikal - Bitcoin Bearish Bawah $10k ?



Kejatuhan pasaran crypto semakin mendebarkan para pelabur, malah terdapat pelabur doge yang mengambil tindakan luar jangka dengan menyaman elon musk yang dikatakan memperdaya pelabur untuk melabur dalam doge coin. Dengan propaganda yang dilancarkan, doge to $1 telah menarik ramai pelabur baru untuk melabur dalam doge. 

Bearish mode market, bukan saja crypto yang menerima penangannya tetapi pasaran saham juga tidak terkecuali. Ramai pelabur terduduk melihat carta pasaran yang semakin menurun. Krisis peperangan russia ukraine yang tiada kesudahan telah mengheret pasaran semakin merudum. Apakah krisis makanan yang digembar gemburkan akan menyebabkan pasaran semakin merudum? 

Pandangan teknikal BTSUSDT

Chart bitcoin bulanan menunjukkan paras kejatuhan bitcoin telah melepasi paras tertinggi harga bitcoin pada bulan december 2017. Sekiranya pasaran bitcoin ditutup rendah pada bulan ini dibawah paras $18k usdt, bitcoin mungkin akan menyentuh support terendah pada harga $13.9k. 

Apakah ini kerisauan atau peluang untuk masa hadapan? Aku rasakan inilah masanya untuk mengintai peluang invest pada harga murah pada altcoin yang mempunyai teknologi berpotensi tinggi. 

Post a Comment

0 Comments